Khamis, Mac 15, 2012

Bercuti Di Zoo Taiping


Zoo Taiping mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Ia terletak di dalam kawasan semulajadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut(Maxwell Hill). Keindahan alam semulajadi yang menarik seperti aliran anak sungai, tasik, dan kehijauan flora menambahkan lagi keunikan Zoo Taiping dalam mempamerkan suasana semulajadi.
Zoo Taiping merupakan zoo awam pertama yang dibuka di Malaysia. Zoo yang tertua di Malaysia ini seluas 34 ekar mempamerkan orang utan, harimau Malaysia, Siamang, dan banyak lagi haiwan lain dalam kurungan terbuka dengan persekitaran semulajadi.
Taman Mergastua Sultan Idris Shah atau lebih dikenali sebagai Zoo Taiping merupakan satu-satunya zoo yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Dengan kawasan zoo seluas 34 ekar ini, Zoo Taiping telah memulakan satu pembaharuan dengan memperkenalkan pameran haiwan dengan menggunakan konsep terbuka. Ia diperkenalkan dengan mengambilkira habitat asal haiwan tersebut. Pengunjung turut tertarik dengan keindahan alam semulajadi yang dipamerkan dengan pembinaan kandang yang sesuai.
Zoo Taiping merupakan habitat kepada 1300 ekor binatang yang terdiri daripada 180 spesis. Binatang- binatang tersebut terdiri daripada harimausinga,gajahbadak airzirafahenggangorang utan dan lain lain lagi. Tambahan pula, usaha- usaha pembiakan hidupan liar ini telah terbukti berjaya. Antara hidupan liar yang berjaya dibiakan adalah seperti harimau belang, singa, siamangrusanilgaiburung kuak dan banyak lagi.

Night Safari

Pembukaan night safari diantara yang pertama di Malaysia dan menjadikan ia antara zoo yang pertama yang membuat aktiviti yang sedemikian. Pembukaan night safari dipercayai oleh pihak pengurusannya menjadi satu daya tarikan di Taiping mahupun di Malaysia. Pada 1 Mac 2003, ia telah dibuka dan beroperasi. Waktu operasi untuk night safari bermula dari jam 8.00 malam hingga ke 11.00 malam, (hari Isnin - Jumaat) dan 8.00 malam hingga ke 12.00 malam (Sabtu)



peta Zoo Taiping
Peta Lokasi
1.Restoran / Bangunan Seminar
2. Tandas Awam
3. Gorilla
4. Cadangan Pameran Primate
5. Kong Kang
6. Chimpanzee
7. Lemur Perang
8. Lemur Ekor Gelang
9. Siamang
10. Ungka Tangan Putih
11. Ikan Arapaima
12. Cadangan Pameran Mamalia Kecil
13. Binturong
14. Kambing Gurun
15. Rusa Ubi
16. Babi Hutan
17. Babi Jokut






Bergambar kenangan bersama patung Harimau di luar Perkarangan Zoo Taiping bersama paksu...................patung ni baru jer di pamerkan sebelum ni takde lagi 


                                        
     

Antara patung-patung lain yang ada di perkarangan ZooTaiping. kat sebelah ni ada  jual barang cenderahati harga pun berpatutan, klu rasa nak barang cenderahati yang lebih menarik korang boleh beli kat dalam kawasan zoo.



                                                Lembu bertanduk besar datang dari Afrika.


                                                   Sekumpulan singa yang sedang tidur......


                                                 
                                                     Siamang bergayut-gayut atas pokok



                      Sekumpulan rusa sedang berehat-rehat     Zirafah yanggg..........tinggi..................
                      dan menjamu selera







                                                                        





                                                              Harimau Malaya











         
               Selandang logo rasmi Perak                                                        Badak Sumbu 




                                                          Gajah-gajah dari Afrika